Majlis Perhimpunan Hari Pekerja pada 8 Mei 2010
SERI KEMBANGAN- Perhimpunan Hari Pekerja Tahun 2010 pada 8 Mei diadakan secara besar-besaran di Malaysia Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City, Selangor dengan tema “Pekerja Inovasi, Pemacu Transformasi”, Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Razak. Perhimpunan Hari Pekerja ini diadakan bagi menghargai segala peluh keringat dan jasa para pekerja, tarikh 1 Mei telah diisytiharkan sebagai Hari Pekerja dan dijadikan hari cuti umum untuk meraikan seluruh pekerja di Malaysia. Pada tahun ini sekali lagi Bahagian Pengurusan Korporat diamanahkan untuk membawa wakil Kontinjen Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ke perhimpunan tersebut.
Kursus Perhubungan Pelanggan Berkualiti pada 22 April 2010
Bahagian Pengurusan Korporat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti pada 22 April 2010. Kursus ini telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim yang melibatkan kahadiran hampir 100 orang kakitangan di Kompleks Kota Darulnaim. Para peserta terdiri daripada kakitangan Kumpulan Sokongan yang terlibat di bahagian kaunter hadapan Jabatan masing-masing. kursus ini telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Faudzi b. Che Mamat (Pegawai Kewangan Negeri)
Lawatan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) ke SUK pada 18 April 2010
Bahagian Pengurusan Korporat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti pada 22 April 2010. Kursus ini telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim yang melibatkan kahadiran hampir 100 orang kakitangan di Kompleks Kota Darulnaim. Para peserta terdiri daripada kakitangan Kumpulan Sokongan yang terlibat di bahagian kaunter hadapan Jabatan masing-masing. kursus ini telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Faudzi b. Che Mamat (Pegawai Kewangan Negeri)
- CAPAIAN PEGAWAI & STAF
- CAPAIAN UMUM
- CAPAIAN PELAWAT
- KERAJAAN NEGERI
- PEJABAT SUK
- PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN























































